Powered By Blogger

LATAR BELAKANG

Sejarah Penubuhan Kolej Vokasional Kluang

Kolej Vokasional Kluang  dibuka pada bulan Mei 1977 dengan nama SM Teknik Kluang. SM Teknik Kluang terlatak di satu kawasan seluas 6 hektar di tepi jalan utama Kluang – Renggam  (Jalan Mengkibol) kira-kira 3 KM dari pusat Bandar Kluang. Sekolah ini menawarkan kursus Aliran Vokasional dan pelajarnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia.

Pada 1986, Aliran Kemahiran telah diwujudkan untuk memberi peluang pendidikan kemahiran kepada pelajar yang gagal dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP ). Pendidikan kemahiran ini adalah dengan kerjasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah kementerian Sumber Manusia. Mulai tahun 1988 pelajar di sekolah ini mula mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan pemansuhan SPVM seluruh Negara.

Mulai tahun 1997, SM Vokasional Kluang telah di naik taraf kepada SM Teknik dengan menawarkan tiga kursus aliran teknik iaitu, Pengajian kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan  Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Mulai 2003, SM Teknik Kluang telah menawarkan dua kursus lagi iaitu Kursus Perdagangan dan Kursus Pengaturcaraan Komputer. Pada tahun 2010, SMV Kluang menawarkan sepenuhnya aliran vokasional.

SM Teknik Kluang menyambut perayaan Jubli Perak pada 21 Mei 2002 sempena genap 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak telah dirasmikan oleh En. Abd. Adzis b. Abas, Timbalan Pengarah Pendidikan Teknik juga merupakan Mantan Pengetua SM Teknik Kluang.

Menjelang 2012, SMV Kluang telah disenaraikan dalam Program Rintis Kolej Vokasional dan masih beroperasi hingga kini. Kolej Vokasional ini menawarkan 11 program iaitu;

1.   Teknologi Elektrik
2.   Teknologi Elektronik
3.   Teknologi Pemesinan Industri
4.   Teknologi Automotif
5.   Teknologi Pembinaan
6.   Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
7.   Teknologi Kimpalan
8.   Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
9.   Teknologi Multimedia Kreatif
10. Pengurusan Perniagaan
11. Perakaunan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI 2021